Free Black Glitter Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com

Tuesday, February 21, 2017

PERANAN AL-HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

KOD SUBJEK : DUA 2012

TAJUK: PERANAN AL-HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BT MOHD SUKRI

AHLI KUMPULAN: MAISARAH BT ZULKIFLI                           (02DGU16F1010)
                                   NORSYAKIRAH BT MOHD SHUKRI          (02DGU16F1046)
                                   SITI AZILA FAZIANA BT ABD RASID       (02DGU16F1074)
                                   NOOR AZLIZAWANI BT ARIAS                  (02DGU16F1118)
                                   NURIN QISTINA BT MOHD YUSMIRAN   (02DGU16F1111)

SESI: DISEMBER 2016




ISI KANDUNGAN


BILANGAN
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
PENDAHULAN
1
2.0
PENGERTIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
2
2.1
SAINS DARI ASPEK BAHASA & ISTILAH
3
2.2
SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
4-5
2.3
TEKNOLOGI DARI ASPEK ISTILAH & BAHASA
6
2.4
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
7
2.5
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
8
3.0
PERANAN SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
9-10
4.0
IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
11
5.0
KEBAIKAN & KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM
12
6.0
PERANAN AL-HADIS

13-14
7.0
KESIMPULAN
15
8.0
RUJUKAN
 16
9.0
LAMPIRAN
 17



1.0 PENDAHULUAN
Sains, teknologi, kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Al-Quran. Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual islam yang agung, Kalam Allah S.W.T ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu penegtahuan. Al- Quran juga merupakan satu sumber utama dan  inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan penegtahuan intelektual.


2.0 PENGERTIAN SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN ISLAM
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami.


2.1 SAINS DARI ASPEK BAHASA & ISTILAH
·         Daripada perkataan inggeris iaitu science , juga berasal perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa latin) yang bermaksud pengetahuan.
·         Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarakan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
·         Sains juga boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunkan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.
·         Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang feomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
·         Sains Tulen atau Sains Tabi’i
·         Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
·         Sains Sosial (Tabiat Manusia)


2.2 SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM
·         Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu dating daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.
·         Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya,
·         Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
·         Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizi, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.
·         Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.   

SAINS DALAM ISLAM MERANGKUMI 3 KATEGORI UTAMA IAITU:




2.3 TEKNOLOGI DARI ASPEK ISTILAH & BAHASA
·         Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologia), dari perkataan Yunani (techne), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.
·         Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu idgunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
·         Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan , peralatan dan proses untuk menyelesaikan masalah.
·         Dari segi istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri


2.4 TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
·         Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Aallah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik.
·         Dalam sejarah sains islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah          “sina’ah” yang bermaksud ilmu gunaan.
·         Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
·         Bertujuan memberi kemudahan da kemakmuran kepada manusia.
·         Teknologi dalam islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
·         Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah S.W.T


2.5 KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
·         Kejuruteraan adala satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.
·         Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.


3.0 PERANAN SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1.      Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam
·         Ayat Al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik & mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian kea rah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

·         Kewjudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orangg yang berakal” (Surah Ali-Imran : 190)

2.      Membantu Manusia Supaya Bertafakkur
·         Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
·         Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah S.W.T seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran ,Surah Al-Baqarah iaitu:
Maksudnya:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dia laut membaa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit & bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al-Baqarah : 164)

3.      Membantu Pelaksanaan Syariat
·         Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat islam
·         Pelaksanaan syariat akan berjalan lancer jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka
·         Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubugan manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam.

4.      Supaya Manusia Mampu Menentukan Dan Membuat Ramalan Akan Sesuatu Perkara
·         Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain
·         Manusia dapat menggunakan akalnya dengan  pengetahuannya untuk meramal secara perubahan cuaca.

5.      Supaya Manusia Dapat Berkarya Dan Berinovasi
·         Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya

6.      Dapat Membantu Manusia Dalam Memenuhi Keperluan Material Dan Kehidupan Seharian Yang Diperlukan.
·         Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
·         Menjadikan kehidupan manusia selesa
·         Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.


4.0 IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM




5.0 KEBAIKAN & KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.

Bidang / Aspek
Kebaikan
Keburukan



               Pertahanan
v  Mampu melindungi Negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan pencitaan senjata dan kelengkapan perang
v  Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.
v  Menyebabkna rusuhan berlaku.







       Teknologi Malkumat

v  Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
v  Jalan dakwah terbuka luas
v  Maklumat dapat dicapai denganpantas dan dapat berhubung anatara satu sama lain tanpa sempadan
v  Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini
v  Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni
v  Berlakunya pencerobohan maklumat ‘penggodam’
v  Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja







6.0         PERANAN AL-HADIS
       Hadis adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan persetujuan dari Nabi Muhammad S.A.W yang dijadikan ketepatan ataupun hukum dalam agama islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama islam selain Al-Quran, Ijmak dan Qias, dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelahAl-Quran.

Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada 7 ulama, yakni Imam Bukhri, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa’I dan Imam Ibnu Majah.

ANTARA HADIS YANG BERKAITAN DENGAN SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN ISLAM IALAH:

·         Dalam kisah Isro’ dan Mi’roj juga terdapat isyarat kepada teknologi pegankutan. Di mana ketika kisah ini diceritakan kepada manusia ketika itu, masyarakat manusia mentertawakan Rasulullah s.a.w dan menuduhnya sebagai orang gila. Ini kerana perjalanannya dari Mekah ke Jerussalem ketika itu bila menaiki unta yang tercepat sekalipun tetap mengambil masa 2 bulan untuk perjalanan pergi balik. Namun Rasulullah s.a.w mengaku melakukannya hanya dalam tempoh kurang dari semalaman. Padahal hal ini tidak mustahil bila kita memperhatikan kelajuan kenderaan yang dinaiki Rasulullah s.a.w:
Kemdian aku didatangi binatang yang disebut Buroq, yang lebih tinggi dari keledai namun lebih pendek dari Baghol, yang setiap langkah kakinya adalah sejauh batas pandangan mata. Aku dibawa di atasnya, kemudian kami pergi hingga kami mendatagi langit dunia”               (HR. Ahmad, Al-Bukhori, Muslim dan lain-lain)


·         Hadis ini meriwayatkan akan adanya teknologi pengankutan dengan kelajuan yang tinggi, baik kenderaan darat mahupun udara seperti pesawat dan kapal terbang.
·         Sebelum berkembangnya ilmu arkeologi yang mencatat dengan penemuan fosil-fosilnya haiwan yag bersaiz besar yang dikenali sebagai dinosaur, Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan:
“Allah telah menciptakan Adam berdasarkan saiz tingginya 60 hasta…maka makhluk akan selalu berkurang (mwnyusut ukurannya) sampai hari ini”(HR. Ahmad, Bukhori dan Muslim)
·         Hadis ini memberitahu bahawa manusia pada zaman Nabi Adam a.s ringginya hingga 60 hasta. Sehingga wajar bila haiwan-haiwan yang dikenali sebagai dinasour boleh mencapai panjang berbelasan meter. Namun semua makhluk terus menyusut dalam ukurannya hingga berakhir penyusutan ukuran itu pada zaman ini, iaitu zaman Radulullah s.a.w. Hadis ini juga membantah teori evolus Darwin yang sama sekali tidak ilmiah.
·         Puluhan abad sebelum adanya teknologi televisyen, Al-Quran sudah menceritakan tentang adanya televisyen, sebagaimana disebutkan dalam kisah Ratu Balqis bersama Nabi Sulaiman:
“Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana yang mengkilap yang terbuat dari kaca”” (Qs. An-Naml : 44)


7.0 KESIMPULAN
Hadis merupakan sesuatu yang penting dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dalam islam. Melalui hadis banyak telah terbukti tentang sains yang dicapai oleh umat islam dan manusia. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengambil cakna mengenai hadis yang telah dibuktikan dengan penemuan sains.
Hadis merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Fungsi hadis terhadap Al-Quran adalah sebagai penguat dan memperjelaskan apa-apa yang ada di dalam Al-Quran yang masih bersifat (mu’mal). Akhir sekali, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, seharusnya bijak membezakan perkara yang bermanfaat dan sebaliknya.


8.0 RUJUKAN
  • http://blog.umy.ac.id/atenfalaqiyah/2012/11/19/alquran-dan-hadis-berbicara-tentang-sains-dan-teknologi/
  • https://www.google.com/search?q=hadis+dan+sains&espv=2&biw=1366&bih=667&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ved=0CAcQ_AUoAmoVChMItI-w8sm_yAIVQSKmC
  • Buku Sains, Teknologi dan Kejuteraan Islam
  • http://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Kejuruteraan_Dalam_Islam

9.0 LAMPIRAN








No comments:

Post a Comment